10 Barangan Yang Senang Dijual Online Semasa PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on linkedin
Share on whatsapp

Sejak COVID-19 melanda dunia, makin ramai yang hilang sumber pendapatan dan menjadikan perniagaan online sebagai salah satu cara untuk menjana keuntungan.

Berniaga secara online adalah cepat dan mudah serta mempunyai pelbagai manfaat seperti:

  • modal permulaan rendah
  • kemudahan menguruskan stok
  • fleksibiliti ruang dan masa perniagaan
  • Meraih keuntungan yang lebih tinggi
  • kawasan liputan  pelanggan yang luas
  • risiko rendah

Amat penting utk mengetahui dan jual barangan yang orang mahu beli, bukan barangan yang anda rasa orang akan beli.

Mari kita lihat 10 contoh jenis barangan yang sesuai dijual online dan mampu menarik perhatian dengan mudah.

1) Pakaian

Pakaian adalah antara produk yang paling banyak dijual di pusat membeli-belah.

Sewaktu PKP ini, ramai pemilik kedai pakaian telah menutup pintu walaupun permintaan pelanggan untuk pakaian masih tinggi.

Anda boleh mengambil peluang ini untuk mengisi jurang ini dengan menjual produk pakaian melalui online store anda.

Antara pakaian yang anda boleh jual adalah seperti:

  • Baju kelawar
  • Baju kurung
  • Baju Polo T-Shirt
  • Baju sukan

2) Barangan Aksesori

Ramai orang berpendapat bahawa aksesori merupakan pelengkap rupa yang tidak boleh diabaikan.

Jangan hairan ada ramai yang masih mencari pakaian aksesori walaupun dalam keadaan PKP. Duduk rumah pun nak bergaya juga. 

Terdapat pelbagai jenis aksesori yang anda boleh jual online seperti:

  • topi
  • tudung
  • tali pinggang
  • cincin
  • rantai 

Bergantung kepada bahan dan reka bentuk, jualan produk ini boleh memberi keuntungan yang lumayan untuk anda sebagai penjual.

3. Barangan Fandom

Percaya atau tidak, permintaan barangan Fandom merupakan antara permintaan yang tertinggi terutamanya dalam kalangan peminat setia.

Antara barangan Fandom yang anda boleh cuba jual online adalah seperti ‘merchandise’ anime atau kumpulan K-POP dan J-POP.

Jangan terkejut kerana ada peminat setia yang sanggup membeli barangan Fandom pada harga yang tinggi jika barangan tersebut adalah eksklusif dan berkualiti tinggi . 

4) Alat Permainan Kanak-Kanak

Sejak pandemik bermula, ramai para ibu bapa yang risau akan kesihatan anak mereka dan cuba tidak keluar bersama mereka kerana takut dijangkiti Covid-19.

Ibu bapa mana yang tak sayang anak? Jika anda ada anak kecil atau anak sedara, anda pasti tahu yang kanak-kanak sentiasa inginkan alat permainan baru setiap minggu.

Antara permainan yang meraih permintaan ramai adalah permainan jenis ilmiah. Semasa bermain, anak-anak boleh belajar sesuatu dari permainan tersebut.

Anda boleh menyenangkan keresahan ibu bapa dengan menjual barang permainan seperti buku mewarna, kereta mainan, set “Lego” dan patung mainan di online store anda.

5) Alat Masak Dan Perlengkapan Dapur

Kini, alat memasak dan peralatan dapur semakin laris dijual online terutamanya kerana aktiviti memasak sendiri di rumah telah menjadi norma sejak bermulanya PKP. 

Faktor seperti sekatan daripada menjamu selera di kedai, sistem bekerja dari rumah dan kewujudan pelbagai jenis video memasak telah melahirkan ramai yang mulai belajar memasak.

Ada banyak alatan di dapur yang anda boleh jual di online store anda seperti:

  • senduk
  • bekas simpan makanan
  • periuk
  • pisau
  • pinggan

6) Makanan ‘home-made’

Apabila sudah lama duduk di rumah akibat PKP, pasti ramai yang buntu memikirkan makanan apa yang hendak dimasak.  

Tak semua orang ada masa untuk memasak, malah ada yang tidak gemar memasak dan lebih rela membeli makanan masakan ‘home-made’.

Antara perniagaan makanan ‘home-made’ yang anda boleh mulakan adalah seperti:

  • nasi lauk pauk
  • nasi lemak
  • nasi ayam
  • sambal
  • pes lauk segera

Dengan menjual makanan ‘homemade anda di online store sendiri, ini memudahkan anda berniaga di sekitar kawasan perumahan anda tanpa perlu membuka tapak berniaga.

7) Makanan/Minuman ‘ready to eat’

Selain memasak, anda juga boleh berniaga makanan dan minuman berkategori ‘segera’ secara online. 

Bisnes makanan ‘ready to eat’ mempunyai permintaan yang luas, mulai dari anak-anak hingga orang dewasa. Untuk makanan ‘ready to eat’, anda boleh menjual produk yang sesuai untuk dihantar dalam jarak jauh.

Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti:

  • kerepek ubi
  • choco jar
  • jus buah-buahan
  • makanan perap
  • makanan sejuk beku

8) Roti, Kek dan Manisan

Adakah anda seseorang yang minat membuat roti, kuih muih atau kek?

Jika ya, inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat anda di dapur dan mendapat bayaran dengan menjual hasil ‘baking’ di online store anda. 

Ini lah masa untuk anda tonjol kan bakat baking anda dengan menghasilkan design roti atau kek yg kreatif untuk menarik perhatian dan dapatkan sales. 

9) Karya Seni

Karya seni digital dan fizikal mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi produk jualan hangat. Antaranya seperti lukisan digital,  kraf tangan, seni kaligrafi, ‘dream-catcher’, ‘embroidery’ dan lain-lain.

Bergantung kepada jenis seni yang dijual, ianya boleh mengaut keuntungan yang memuaskan.

Selain itu, anda juga boleh menjual peralatan karya seni yang pembeli boleh DIY seperti:

  • cat
  • berus
  • kanvas
  • buku lukisan
  • ‘embroidery’ kit

10) Barang Terpakai

Barangan terpakai mempunyai permintaan yang amat tinggi daripada pelanggan disebabkan harga yang lebih rendah daripada harga di pasaran.

Barang yang sesuai dijual sebagai barangan terpakai adalah barang seperti:

  • baju bundle
  • beg sekolah
  • novel
  • smartphone
  • game console (PS2, XBox, 3DS, dll)
  • laptop

Tetapi harus diingat untuk memberi penerangan yang jelas tentang barangan yang ingin dijual supaya dapat menarik kepercayaan pembeli.

Jualan barangan terpakai merupakan antara cara yang mudah untuk menjual tanpa perlu mengeluarkan kos.  

Kesimpulan

Meskipun, ramai telah menjumpai barangan yang ada potensi untuk laris dijual online, kebanyakan penjual online mendapati pulangan hasil jualan kurang memuaskan.

Pernahkah anda terfikir jika hasil jualan kurang memuaskan mungkin disebabkan oleh pilihan platform jualan tersebut?

Faktor seperti peratus cas komisen di platform jualan online memainkan peranan penting kerana ia memberi kesan kepada hasil pulangan jualan anda. 

Jika anda ingin mengelak dari rugi membayar komisen dan teringin ada website online store sendiri, Getorders adalah platform yg terbaik untuk bisnes online anda. 

Getorders ialah sebuah platform yang membolehkan sebarang bisnes untuk memiliki website online store berserta sistem penghantaran automatik dalam masa 10 minit.

Getorders tidak mengenakan sebarang komisen atau cas tersembunyi.

Bila ada jualan, hanya yuran transaksi akan dicaj.

Getorders juga menawarkan pelbagai fungsi seperti 

  • Kaedah pembayaran online
  • Servis delivery automatik
  • Sistem Analisa & Laporan Jualan
  • Pasukan customer support

Untuk maklumat lanjut tentang Getorders, boleh layari http://ec2-13-251-124-138.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/ 

Mulakan online bisnes anda bersama Getorders.

Dapatkan website online store Getorders PERCUMA untuk 30 hari!

5/5
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram