Panduan Penjarakan Sosial (social distancing) di Premis Kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on linkedin
Share on whatsapp

Selain daripada mewajibkan pelanggan memakai pelitup muka (face mask) dan mengimbas kod di MySejahtera app, penjarakan sosial (social distancing) para pelanggan juga merupakan satu perkara penting yang perlu dipantau oleh para peniaga.

 

Inisiatif para peniaga untuk menggalakkan penjarakan sosial (social distancing) amat penting bagi membendung sebarang penularan jangkitan COVID19 dan mengurangkan kesesakan dalam kedai.

 

Amat penting untuk mengawal kesesakan orang ramai di dalam premis kedai dan memastikan pelanggan dapat menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain semasa membeli barang.

 

 

Jom kita lihat panduan penjarakan sosial (social distancing) yang para peniaga boleh lakukan untuk menggalak penjarakan sosial di kalangan pelanggan dan pekerja anda.

1. Peringatan Penjarakan Sosial

Peringatan Penjarakan Sosial

Amalan jarak sosial (social distancing) ini juga perlu dilakukan semasa pelanggan semasa di dalam mahupun di luar kedai.

 

Antara perkara yang perlu diingatkan kepada pelanggan adalah seperti:

  • Pelekat lantai (floor marker)

  • Tanda jarak sosial

  • Pembahagi ruang

  • Jauhkan meja (untuk restoran)

 

Ianya juga penting untuk memastikan peringatan itu jelas dan boleh dilihat oleh pelanggan. Warna yang cerah dan design yang menarik akan memastikan pelanggan sentiasa ingat peringatan itu.

2. Hadkan Pelanggan Dalam Kedai

Hadkan Pelanggan Dalam Kedai

Bergantung kepada saiz premis kedai anda, pengurus kedai boleh mempertimbangkan cadangan untuk mengehadkan bilangan pelanggan di dalam premis kedai dalam satu masa.

 

Ianya bagi mengawal kesesakan di dalam premis kedai dan juga memastikan agar pelanggan dapat menjarakkan diri sekurang-kurang 1 meter antara satu sama lain semasa membeli barangan.

3. Perubahan Waktu Urus Niaga

Perubahan Waktu Urusniaga​

Pengurus kedai juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk membuka premis lebih awal. Inisiatif ini membolehkan lebih ramai para pelanggan boleh berkunjung dalam sehari walaupun jumlah pelanggan di dalam premis dihadkan.

 

Selain itu, pengurus kedai juga boleh menetapkan waktu urusniaga tertentu (seperti awal pagi) dibuka hanya untuk golongan yang berisiko tinggi (seperti warga emas dan frontliners).

 

Inisiatif ini pasti akan memudahkan urusan pembelian mereka, selain mengurangkan risiko bagi mereka. Penukaran waktu niaga sering diimplementasikan di pasar raya.

4. Masa Pembelian Terhad

Masa Pembelian Terhad

Selain itu, pengurus kedai juga boleh mengehad keberadaan pelanggan di dalam kedai.

 

Sudah tentu ada pelanggan lain yang menunggu giliran mereka untuk membeli-belah. Demi memastikan tiada yang hilang sabar, anda sebagai pemilik kedai perlu mengawal masa setiap pelanggan yang berada di kedai.

5. Sistem Kaunter Pembayaran

Kaunter Pembayaran​

Bagi memudahkan penjarakan di kaunter pembayaran, tanda-tanda di atas lantai (floor markers) dan boleh digunakan.

 

Pengurus kedai juga boleh menggalakkan pelanggan untuk membuat bayaran tanpa sentuh. Contohnya seperti melalui pembayaran E-wallet atau PayWave menggunakan kad kredit atau debit.

 

Seterusnya, apabila resit dicetak, cashier boleh meminta pelanggan untuk mengambil sendiri resit dari mesin untuk mengurangkan sentuhan fizikal.

 

Selain itu, jika kedai mempunyai beberapa kaunter pembayaran, sebaiknya menyediakan kaunter khas atau sebaiknya satu kawasan menunggu khas untuk golongan individu yang berisiko tinggi.

 

 

Sebagai cadangan lain, anda juga boleh menggalakkan para pelanggan memegang barangan mereka sendiri di kaunter dan pekerja kedai hanya perlu mengimbas setiap kod barangan tersebut. Inisiatif ini mampu mengurangkan sentuhan fizikal di antara pelanggan dan pekerja kedai.

6. Khidmat Personal Shopper

Khidmat personal shopper

Pengurus kedai juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan servis ‘personal shopper’. Pengurus kedai boleh mempromosikan servis ini kepada golongan berisiko tinggi serta mereka yang masih belum menerima dos kedua vaksinasi yang tidak dibenarkan memasuki premis kedai.

 

Secara amnya, ‘personal shopper’ akan diberikan satu senarai barang untuk dibeli oleh pelanggan dan beliau akan membuat pembelian bagi pihak pelanggan tersebut.

 

Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan bilangan pelanggan di dalam premis malah boleh membantu kedai meningkatkan jualan.

Kesimpulan

Pemilik, dan pengurus kedai harus memastikan protokol SOP diambil berat dan dilaksanakan oleh setiap pekerja dan pelanggan. 

 

Penjarakan sosial adalah norma baru yang penting untuk dilaksanakan bagi mengelak kenaikan kes Covid-19. Segala langkah berjaga-jaga perlu diambil dan dipatuhi dengan teliti demi kesihatan dan keselamatan semua.

Berniaga online tanpa komisen caj

Jika anda teringin ada website online store sendiri & tidak mahu rugi membayar komisen, apa kata cuba Getorders?

Getorders ialah sebuah platform yang membolehkan sebarang bisnes untuk memiliki website online store berserta sistem penghantaran automatik dalam masa 10 minit.

 

Getorders tidak mengenakan sebarang komisen atau cas tersembunyi.

Bila ada sale, hanya yuran transaksi akan dicaj.

 

Getorders juga menawarkan pelbagai fungsi seperti 

  • Kaedah pembayaran online

  • Servis delivery automatik

  • Sistem analisa & laporan jualan

  • Pasukan khidmat pelanggan dan website

 

Untuk maklumat lanjut tentang Getorders, sila lawati: www.getorders.app

 

Miliki website bisnes online anda bersama Getorders PERCUMA selama 30 hari: https://cloud.getorders.app/#/signup